LONDON: Menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom (UK) ke-57, Rishi Sunak, 42, merupakan pemimpin paling muda menjawat jawatan nombor satu dalam arena politik di negara itu.
Sunak juga merupakan perdana menteri bukan daripada kalangan 'kulit putih' yang pertama dilantik dalam sejarah 200 tahun demokrasi berparlimen UK, menggantikan Liz Truss, yang meletakkan jawatan selepas hanya 44 hari berkhidmat.
Pesaing terdekat Sunak, bekas perdana menteri Boris Johnson sebelum ini menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri kerana berpendapat tidak lagi mampu menyatukan anggota Parti Konservatif diwakilinya di Parlimen.
Ingin mengenali lebih dekat siapa personaliti tampan lagi berpengaruh ini?
* Sunak dilahirkan di Southampton, England pada 12 Mei, 1980.
* Mempunyai latar belakang pendidikan mampan, bapa Sunak merupakan seorang doktor berketurunan India di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya, juga seorang berketurunan India, mengusahakan farmasi.
* Anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat pendidikan di Kolej Winchester yang menelan kos pengajian sebanyak £43,335 (RM232,558) setahun.
* Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi sebelum menyambung pengajian di Universiti Stanford, Amerika Syarikat. Di sini, beliau bertemu dengan isterinya Akshata Murthy, yang merupakan anak jutawan India, N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys.
* Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy di Bangalore, India pada tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Krishna dan Anoushka.
* Pada April lalu, isteri Sunak menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan antarabangsanya di United Kingdom (UK) dan kemudiannya bersetuju menyelesaikannya dengan membayar cukai tahunan sebanyak £30,000 (RM160,951).
* Bekas penganalisis Goldman Sachs ini juga merupakan ahli politik barisan hadapan pertama yang pernah dimasukkan dalam senarai orang paling kaya di United Kingdom (UK). Kekayaannya bersama isteri dikatakan mencecah AS$800 juta (RM3.8 bilion).
* Sunak menyertai persaingan merebut kepimpinan Parti Konservatif pada 8 Julai 2022 menggantikan Johnson. Pada 20 Julai, Sunak menerima pencalonan terbanyak dalam kalangan Ahli Parlimen dari Parti Konservatif. Beliau kemudiannya berdepan dengan Liz Truss dalam undian kalangan ahli parti namun Truss menewaskannya untuk kepimpinan parti dengan 42.6 peratus undi, Sunak kembali duduk di bangku belakang Parlimen.
* Sunak memfokuskan terhadap isu-isu imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya termasuk memperjuangkan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa.
* Beliau juga berikrar meletakkan komitmen untuk membawa "kestabilan dan perpaduan" ketika negara itu sedang berdepan krisis ekonomi.
* Sunak juga dikhabarkan mempunyai hobi mengumpul segala barangan berkaitan jenama minuman ringan popular, Coca-Cola. Pernah juga berjenaka dengan rakan-rakan mengatakan dia sememangnya 'penagih Coke' tetapi bukan kokain.
* Beliau juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang Jedi Knight (salah satu karakter utama dari francais sains fiksyen, Star Wars). Pada 2016, Sunak secara berseloroh memberitahu sekumpulan kanak-kanak sekolah bahawa beliau menyimpan impian untuk memegang pedang persis Jedi Knight!
Faida Rahim
Tue Oct 25 2022
Bekas penganalisis Goldman Sachs ini juga merupakan ahli politik barisan hadapan pertama yang pernah dimasukkan dalam senarai individu terkaya di UK. - Foto REUTERS
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Keadaan di Gaza semakin tidak boleh diterima, kata PM Britain kepada Netanyahu
UK tuntut Israel segera lakukan siasatan bebas dan menyeluruh susulan kematian tujuh pekerja bantuan di Gaza.
Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser
Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
UK bakal kenakan sekatan baharu ke atas Houthi
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata, ia merancang untuk membuat pengumuman sekatan itu dalam masa beberapa hari lagi.
Britain dakwa serangan ke atas Houthi tiada kaitan konflik di Gaza - PM Rishi Sunak
Serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri dan disasarkan dengan berhati-hati, kata Rishi Sunak.
UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine
Perjanjian ini diumumkan selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di Kiev.
Braverman sifatkan Sunak sebagai gagal, lemah
Beliau menuduh Sunak mengingkari janji untuk melakukan "apa sahaja yang diperlukan" bagi menghentikan bot dan penghijrahan haram.
PM UK ke Israel untuk bertemu Netanyahu dan Herzog
Rishi Sunak juga akan mendesak pembukaan laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza secepat mungkin.
PM UK Rishi Sunak umum pelan pembaharuan sistem pendidikan Britain
Kerajaan Britain bakal memperkenalkan "Advanced British Standard" yang menggabungkan A-level dan T-level.
Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace letak jawatan
Setiausaha Pertahanan Ben Wallace menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Rishi Sunak selepas empat tahun memegang jawatan itu.